Syarahan Umum Jabatan Fizik Gunaan “Penyelidikan Polimer dan Biokomposit Berasaskan Bahan Semulajadi dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam Sekitar”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Syarahan Umum Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan syarahan umum yang bertajuk “Penyelidikan Polimer dan Biokomposit Berasaskan Bahan Semulajadi dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam Sekitar” pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 9 Mac 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Zoom dan Live Fb fstukmbangi
Penceramah: Profesor Dr Sahrim Hj Ahmad
Link: https://bit.ly/3BWJMiT

Meeting No.: 92817769414
Password: fst2022

Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.