Webinar Fizik Tenaga Tinggi – Dr. Hoh Siew Yan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,
Jemputan Menghadiri Webinar Fizik Tenaga Tinggi anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Webinar seperti di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 12 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Webex Cisco & Live FB fstukmbangi
Penceramah: Dr. Hoh Siew Yan (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Link: https://bit.ly/3BzSPrH
Meeting No.: 2641 002 4355
Password: fiZik12345
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.
Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.