Faculty of Science and Technology

Program Sijil Professional FST

Pengiktirafan sijil profesional staf pengurusan dan profesional dibangunkan untuk membantu pegawai yang ingin memohon untuk mendapatkan sijil profesional yang diiktiraf oleh badan-badan tertentu.

Program Sijil Profesional Analog Geologi Daratan (PSPAGD)

Program Sijil Profesional Analog Geologi Daratan dibangunkan untuk melengkapkan profesional dalam industri petroleum dengan pemahaman yang menyeluruh tentang ciri geologi dan tektonik di Malaysia, dengan menekankan kepentingan dan penggunaan analog darat dalam penerokaan petroleum di Malaysia.

Penyelaras: Dr Norasiah Sulaiman

Tenaga Pengajar:

1) Prof. Dr. Che Aziz Ali

2) Prof. Madya Dr. Habibah Jamil

3) Dr. Mohd Basril Iswadi Basori

4) Dr. Goh Thian Lai

5) Dr. Norasiah Sulaiman

Memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geologi/Geosains/Geofizik dan sekurang-kurangnya LIMA (5) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

14 Hari

Bersemuka

Sijil Profesional Penyelenggaraan Peralatan Makmal Sains

Program ini akan melatih individu separa mahir dengan aktiviti penyelenggaraan alatan makmal yang boleh membantu dalam penyelenggaraan pencegahan dan pengekalan kejituan peralatan dalam menjalankan pengukuran.

Penyelaras : Dr. Muslizainun Binti Mustapha

Tenaga Pengajar:

En. Muhammad AZmeerullah Mohd Amir

Dr. Idris Bin Zulkifle

1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan 5 tahun pengalaman dalam bidang sains; atau

2. Memiliki Diploma dalam bidang sains dengan 2 tahun pengalaman; atau

3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains.

RM 1689.00

Tempoh: 5 Hari

19 – 23 August 2024

Bersemuka

Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

1 Ogos 2024

Penentuan Jangka Hayat Produk Makanan

Program ini merangkumi pembelajaran dan perbincangan saintifik secara kritikal terhadap kepentingan jangka hayat makanan bagi meniamin kualiti dan keselamatan produk makanan. Pelbagai aspek jangka hayat produk makanan merangkumi prinsip-prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi jangka hayat produk makanan akan dipelajari secara teori dan praktikal.

Skop program meliputi perbincangan secara kolaboratif dan berkesan terhadap isu, cabaran, teknologi dan kaedah-kaedah terkini berkaitan penentuan jangka hayat produk makanan. Amali penentuan jangka hayat – masa nyata (Real Time) dan jangka hayat dipecutkan (Accelerated Shelf Life Testing) juga akan dijalankan dan dibincangkan secara kritis. Praktikal akan merangkumi produk-produk makanan yang disimpan sama ada pada suhu sejuk beku, suhu sejuk atau suhu bilik.

Ts.Dr. Haslaniza Hashim (017-9109747)

Ts.Dr. Norul Syuhada Mohd Razali

Ts.Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini

Ts.Dr. Soffalina Sofian Seng

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
i. Pelajar sijil/ diploma/ ijazah berkaitan sains makanan atau bidang-bidang yang berkaitan;
ATAU
ii. Pemegang sijil/ diploma/ ijazah berkaitan sains makanan atau bidang-bidang yang berkaitan;
ATAU
iii. Pengusaha / pengendali produk makanan yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam industri makanan

Namun bagi calon pelajar yang masih menuntut di IPT, syarat berikut perlu dipatuhi
sebelum memohon ke program Sijil Profesional:
i. mendapatkan kelulusan daripada Dekan di fakulti masing-masing untuk mengikuti program Sijil Profesional di UKM;
ii. mendapatkan kelulusan daripada Dekan di fakulti masing-masing untuk menanggung lebih beban pembelajaran bagi semester yang berkaitan apabila mengikuti program Sijil Profesional di UKM.

RM  850 (Pelajar UKM)

RM1750 (Pelajar luar, Warga/Alumni UKM)

RM1980 (Bukan Warga UKM)

*termasuk makanan

Ambilan 1: 4 – 8 Mac 2024 (TUTUP)

Ambilan 2: 12 – 16 Ogos 2024 (BUKA)

Bersemuka

– Bilik Aktif, Aras 3, Bangunan Kedekanan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

1 Ogos 2024

Analitik dan Pengvisualan Data Menggunakan
Excel dan Power Business Intelligence (BI)

Program ini memperkenalkan Analitik Data yang merupakan sains menganalisis data mentah untuk membuat kesimpulan mengenai sesuatu maklumat dalam semua bidang yang bertujuan untuk membuat keputusan dalam menjaga kepentingan awam dan kelestarian persekitaran. Program meliputi tiga jenis analisis data yang digunakan di semua industri iaitu Analitik Deskriptif, Analitik Diagnostik dan Analitik Ramalan. Program akan membincangkan pemahaman asas mengenai konsep analitik data menggunakan kaedah statistik dan seterusnya kaedah visualisasi data menggunakan perisian Excel dan Power Business Intelligence (BI). Di akhir program, pelajar berupaya untuk membina graf, carta, plot, jadual pangsi serta papan pemuka untuk menjalankan analisis dan akhirnya membuat keputusan yang berkualiti.

Dr Wan Rosmanira Ismail (019-3592463)

Dr Zalina Mohd. Ali

Pn. Faridatulazna Ahmad Shahabuddin

Dr. Muhamad Hilmi bin Abdul Majid

Syarat Kemasukan Ke Program Sijil Profesional adalah seperti berikut:-

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada tahun 3 pengajian dan lulus kursus Statistik Asas bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains atau setara;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada tahun pengajian semasa dan lulus kursus Statistik Asas bagi pelajar Ijazah Sarjana Sains atau setara;
iii. Mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja bagi calon bukan pelajar.

RM  800 (Pelajar UKM)

RM1400 (Pelajar luar, Warga/Alumni UKM)

RM1650 (Bukan Warga UKM)

*termasuk makanan

Ambilan 1: 4 – 7 Mac 2024 (TUTUP)

Ambilan 2: 12 – 15 Ogos 2024 (BUKA)

Makmal Komputer, Aras 2, Bangunan Kedekanan, Fakulti Sains & Teknologi UKM.

26 Julai 2024