20 Julai 2018: Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), FST dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan mengadakan Program Ibadah Korban pada 25 Ogos 2018 bertempat di Makmal Alami EKOMAR, Kg. Tg. Resang, Endau Mersing, Johor. Program ini adalah merupakan salah satu program kemasyarakatan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan masyarakat Mersing dengan EKOMAR, FST dan pihak MQA.
Sehubungan itu, pihak EKOMAR, FST mengalu-alukan penyertaan bagi mengadakan ibadah korban di Kg. Tanjung Resang, Endau Mersing, Johor. Maklumat penyertaan adalah seperti berikut;
Bil. Bahagian | Harga (RM) |
Satu Bahagian | 650.00 |
Dua Bahagian | 1300.00 |
Tiga Bahagian | 1950.00 |
Empat Bahagian | 2600.00 |
Lima Bahagian | 3250.00 |
Enam Bahagian | 3900.00 |
Tujuh Bahagian | 4550.00 |
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2018. Pihak EKOMAR, FST juga amat mengalu-alukan sekiranya terdapat sumbangan lain berbentuk wang tunai dari pihak Bhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan bagi menjayakan program ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Asamuddin Abu Hasan di talian 017-2789415. Bersama-sama ini dilampirkan poster program dan juga borang penyertaan ibadah korban.
Sekian, sekian terima kasih.