Pada 31 Oktober 2017, para pelajar program LL.M FUU di bawah kursus Undang-undang Koroner telah mengadakan lawatan ke Lokap Berpusat PDRM Kuala Lumpur. Mereka telah disambut oleh Tuan OCPD Sentul yang merupakan alumni sarjana FUU 2008. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk mempelajari pengoperasian sistem lokap, manual operasi standard siasatan kematian dalam lokap oleh pihak polis dan tugas-tugas kepolisan. Lokap berpusat tersebut merupakan lokap PDRM yang tercanggih dengan dilengkapi kamera litar tertutup sepenuhnya.