Selamat Menyambut Ulang Tahun Penubuhan Fakulti Undang-Undang, UKM yang ke-39!
Semoga visi FUU yang bertekad menjadi fakulti yang terkehadapan dalam bidang perundangan tercapai dan FUU terus maju, cemerlang dan menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan negara. Sama-samalah kita berdoa, berusaha dan berharap agar FUU UKM terus menempa nama yang baik dalam bidang akademik perundangan di Malaysia dan luar negara. Selamat Maju Jaya Fakulti Undang-undang UKM. FUU HEBAT!