Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2024 telah termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Islam Hadhari, UKM dan UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia. Majlis ini ditandatangai antara Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan Prof. Asep Saepudin Jahar, Ph.D., (Rektor, UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia).
.
Turut hadir, Prof Dr Zaid Ahmad (Felo Penyelidik Utama HADHARI UKM), Prof. Dr. Jajat Burhanudin, M.A (Pengerusi INSAN) Dr. Ade Abdul Hak, M.Hum, (Dekan, FAH UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia); Dr. KH. Muhtadi A. Mun’im (Rektor, Universitas Al-Amien Prenduan Sumenep Madura Indonesia (UNIA), Dr. Yunita Faela Nisa, M.Psi. Psikologi (Dekan Fakultas Psikologi); Dr. Ida Farida, M.LIS. (Timbalan Dekan Fakultas Adab dan Humaniora); Dr. Mohammad Fattah (Dekan Fakultas Dakwah Dan Ushuluddin, UNIA); Dr. Norshariani Abd Rahman & Dr. Nurul Hafizah Mohd Nor (Felo Penyelidik HADHARI UKM dan tetamu-tetamu kehormat serta para ahli jemputan yang lain.
.
Semoga dengan termeterainya penjanjian ini, lebih banyak aktiviti seperti seminar, forum, jaringan penyelidikan serta pertukaran pelajar dapat dilakukan antara kedua-dua belah pihak.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.