Alhamdulillah, pada 16 Oktober 2024, Prof. Dr. Zaid Ahmad: Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari, UKM berkesempatan bertemu Rektor UIN Sunan Ampel Prof Akh. Muzakki dan mengadakan perbincangan singkat di pejabat beliau bersama beberapa pimpinan yang lain yang disertai oleh Direktor International Office UINSA. Prof. Dr. Zaid Ahmad juga telah menyampaikan hasrat Prof. Dato’ Fariza Md Sham, FASc (Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM) untuk berkolaborasi dengan Institut Islam Hadhari UKM dalam pelbagai kegiatan penelitian, akademik, staf & pertukaran pelajar, budaya dan pelayanan sosial.
.
Perbincangan ini dilakukan bersempena Prof. Dr. Zaid Ahmad menjadi pembentang dalam 6th Annual Conference for Muslim Scholars yang berlangsung di Amphiteater Lt. 3 Toner Ismail Yakub, UIN Sunan Ampel Surabaya & Hotel Saatira Phemiere Gubeng.
.
Usul yang dibincangkan juga turut akan dilanjutkan kepada Director of International Office Dr Nabielah Naily. Sebelum ini telah ada beberapa kolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia tetapi sudah beberapa tahun aktiviti kolaborasi tergendala dan untuk makluman, UKM dan UINSA telahpun mempunyai Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah termeterai beberapa tahun yang lepas. Semoga dengan lawatan dan hasil perbincangan ini, hubungan kerjasama kedua-dua belah pihak dapat dirapatkan kembali dengan idea program yang lebih terkini dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.