5 Feb 2020- Lawatan dan Majlis Tandatangan (LOI) antara Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah dan Komunikasi Islam Ar Rahman (STIDKI Ar Rahman) & Institut Islam Hadhari telah berlangsung dengan jayanya. Lawatan ini diketuai oleh Dr Shobikhul Qisam, M.Pd., Dr Mohammad Fattah, MA dan En. Ahmad Faiz Khudlani dari Surabaya, Indonesia. Lawatan ini disambut oleh warga kakitangan Institut Islam Hadhari diketuai oleh Prof Dr Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari serta warga Hadhari yang lain