Alhamdulillah pada 4 Julai 2024, Institut Islam Hadhari, UKM dan Kursi Sheikh Abdullah Fahim dengan kerjasama Toko Buku Pujangga Baru telah berjaya menganjurkan Bedah Buku Hadhari 1/2024 bertajuk “Falsafah Kebangsaan Melayu – Burhanuddin Al-Helmy”. Panel atau alih aksara beranotasi dan pengenalan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zaid Ahmad yang merupakan Felo Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari, UKM.
.
Terima kasih juga kepada moderator Dr. Norshariani Abd Rahman, Felo Penyelidik / Ketua Jaminan Kualiti, Institut Islam Hadhari, UKM, urusetia, para peserta dan juga rakan kerjasama dari Toko Buku Pujangga Baru. Sesungguhnya untuk bedah satu buku dalam masa 2 jam adalah tidak mengcukupi, namun sesi ini berjaya juga diringkaskan sesuai dengan tempoh masa yang ada.
.
InshaAllah akan ada lagi sesi program bedah buku seterusnya, nantikan dari kami.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.
.