Bengkel Halatuju Dan Sanggar Kerja 2024
Alhamdulillah, pada 1-3 Mac 2024 bertempat di AVI Pangkor Beach Resort, Institut Islam Hadhari, UKM telahpun berjaya mengadakan Bengkel Halatuju Dan Sanggar Kerja 2024 yang melibatkan semua warga Hadhari termasuk Staf Pelaksana, Pegawai dan Felo Hakiki.
.
Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini KPI setiap staf sambil mengenali lebih rapat staf dan keluarga masing-masing. Semua staf samada yang menaiki kenderaan sendiri ataupun bas UKM yang disediakan, berkumpul di Jeti Marina pada pukul 1.30 petang untuk sama-sama bergerak ke tempat program di dalam satu feri yang sama.
.
Program kemudian bermula pada pukul 8.00 malam yang dimulai dengan ucapan taklimat oleh Prof Dato Dr Fariza Md Sham FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan kemudian bengkel pembentangan KPI bermula. Setiap staf perlu membentangkan pencapaian dan KPI baharu yang bukan kerja rutin untuk dikongsikan kepada semua untuk ditambahbaik atau dikemaskini. Alhamdulillah, semua memberikan kerjasama yang baik dan bagus untuk sesi bengkel tersebut.
.
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti sukan air, samada bermain di pantai, kayak atau pun β€˜snorkeling’. Aktiviti ini sememangnya penting dalam memupuk semangat cintakan rakan sebaya bukan sekadar waktu pejabat malah di luar waktu pejabat dan itu adalah salah satu tujuan aktiviti sebegini dilakukan. Kemudian pada waktu petang, aktiviti berpasukan antara semua ahli keluarga diadakan di tepi pantai berhadapan hotel yang diduduki. Semua ahli dipecahkan secara rawak antara pasukan dan sebanyak 6 permainan sempat dilakukan pada petang tersebut antaranya Teka Gambar, Teka Lagu, Musang Berjanggut, Kotak Misteri, Gula Atas Tikar dan Span Botol. Hari kedua diakhiri dengan aktivit BBQ dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
.
Pagi hari terakhir pula setiap keluarga diberikan masa untuk melakukan aktiviti bebas samada bermain di tepi pantai, atau berjalan-jalan di pekan, atau membeli coklat atau cenderamata untuk ahli keluarga masing-masing dan lain-lain. Pada pukul 12 tengah hari, semua staf daftar keluar hotel dan menjamu selera makan tengah hari sebelum bergerak ke jeti untuk berangkat pulang dan alhamdulillah semua staf yang bergerak menaiki bas sampai ke UKM pada pukul 10.00 malam.
.
𝐅𝐨π₯π₯𝐨𝐰 𝐀𝐚𝐦𝐒 π’π„πŠπ€π‘π€ππ† di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.