Alhamdulillah, pada 29 Mei 2024 bersamaan 20 Zulkaedah 1445, Delegasi Institut Islam Hadhari, UKM berkesempatan melawat ke Kedutaan Malaysia di Tashkent, Uzbekistan. Embassy of Malaysia in Tashkent, Uzbekistan
.
Kami sangat berbesar hati disambut baik oleh Tuan Yang Terutama Ilham Tuah Ilias, Duta Besar Malaysia di Uzbekistan bersama Setiausaha Utama beliau iaitu Pn. Aimi Ismail.
.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM; Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc dan Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan juga diiringi felo penyelidik dan bersekutu yakni Prof. Madya Dr. Adawiyah Ismail, Ts. Dr. Farah Ayuni Mohd Hatta, Dr. Norshariani Abdul Rahman, En. Mohammad Ikhwan Ismail, Pn. Noor Hayati Ahmad Rasol, pegawai dan pelajar HADHARI.
.
Lawatan ini juga sempat memperkenalkan kepada duta tentang kepakaran felo-felo HADHARI dalam bidang multi-disiplin, serta kajian-kajian/tajuk tesis pelajar-pelajar HADHARI yang sangat bertepatan dengan isu semasa. Kemudian, turut dibincangkan harapan kedua-dua pihak dan rancangan jangka masa panjang dan pendek untuk aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan pada masa hadapan.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
#kursisheikhabdullahfahim #kursiSAF #sheikhabdullahfahimukm #kursiSAFHadhariukm #SDG #SustainableDevelopmentGoals #forumukm #wacanaukm #programukm #bengkeluniversitikebangsaanmalaysia #bengkelukm #wacanauniversiti #forumuniversiti #ukm #universitikebangsaanmalaysia #institutislamhadhari #iih #postgraduatestudies #postgraduatemalaysia #postgraduate #masterstudy #phd #phdlife #alumniukm #UKMInspire #Uzbekistan #Tashkent #TashkentUzbekistan