Alhamdulillah, telah berlangsungnya Forum Hadhari 2/2024: Strategi Sihat: Memaksimumkan Manfaat Kesihatan Semasa Berpuasa” pada 25 Mac 2024 bersamaan 14 Ramadan 1445H. Banyak maklumat dan informasi yang amat berguna dalam kita memaksimumkan manfaat kesihatan terutama di bulan Ramadan.
.
Turut dikongsikan oleh Dr. Wan Nasyrudin cara pemakanan secara sunnah sewaktu berbuka dan bersahur yang boleh diamalkan di mana ia mampu memanjangkan tempoh kenyang dan supaya kekal bertenaga sepanjang hari.
.
Prof. Dr. Sharifa Ezat juga turut menekankan tentang kebimbangan berkaitan kes penyakit yang makin meningkat dan mengajak semua untuk sentiasa menjaga jumlah kalori, gula dan garam dalam pengambilan harian terutama pada waktu berbuka. Akhir Kalam, Dr. Wan Zulkifli ada berpesan, ‘Jadikan makanan sebagai ubat kita bukannya ubat sebagai makanan kita’.
.
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat. Jaga kesihatan jaga Ibadah dan jaga diri. Sehingga berjumpa lagi pada program akan datang.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.