Alhamdulillah pada 16 Ogos 2024 (Jumaat), Jaringan Kebangsaan Delegasi Institut Islam Hadhari UKM ke Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak sempat diadakan yang diketuai oleh Prof Dato Dr. Fariza Md Sham FASc (Pengarah Institut Islam Hadhari UKM) dan disambut oleh Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Musa (Pengetua Madrasah Idrisiah).
.
Pihak institut sempat Ziarah Makam di Masjid Ubudiah, serta melihat dokumen-dokumen berkaitan Sheikh Abdullah Fahim yang terdapat di Galeri Sekolah. Demikian, pihak institut juga sempat menemubual Pengetua Sekolah tentang sejarah, pengalaman, cerita tentang Sheikh Abdullah Fahim yang beliau tahu sepanjang berkhidmat di sana. Rakaman ini bakal dijadikan bukti ketokohan Sheikh Abdullah Fahim di Perak terutama di Madrasah Idrisiah dan dengan itu ia menjadi kesinambungan pihak HADHARI dalam menjejaki Jejak Warisah Sheikh Abdullah Fahim di Malaysia yang bermula pada tahun lepas di Pulau Pinang.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.