Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2024, bersempena Program Jejak Warisan Sheikh Abdullah Fahim 2024, Delegasi yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc (Pengarah Institut Islam Hadhari UKM) berkesempatan mengadakan jaringan kebangsaan ke Jabatan Mufti Negeri Perak.
.
Pada kesempatan ini juga, pihak Institut Islam Hadhari, UKM berpeluang menemuramah Dato’ Haji Zamri Hashim (Timbalan Mufti Negeri Perak) dan Tuan Hj Mohd Faizal (Pegawai Falak di Pejabat Mufti Negeri Perak) berkenaan sejarah Sheikh Abdullah Fahim di Negeri Perak. InshaAllah rakaman ini akan digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya dalam menjejaki warisan Sheikh Abdullah Fahim terutamanya di negeri-negeri di Malaysia. Untuk makluman, program Jejak Warisan ini telah dimulakan pada tahun lepas 2023 di Pulau Pinang dan kali ini diteruskan di negeri Perak.
.
Pihak institut amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Perak atas kesudian menerima delagasi kami. Semoga jaringan ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan program-program yang lain.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.