Alhamdulillah pada 4 Oktober 2024 (Jumaat), Institut Islam Hadhari UKM berkesempatan melakukan Latihan Kawad Kebakaran anjuran Jawatankuasa Keselamatan & Pekerjaan JKKP HADHARI yang diketuai oleh Pegawai Insiden En Muhammad Rusydi Baharom dengan kerjasama Bahagian Prasana UKM, Bahagian Keselamatan dan Pihak ROSH.

.

Setelah beberapa tahun tertangguh buat julung kalinya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan hampir semua staf dan warga HADHARI berada di pejabat pada waktu kejadian. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf agar peka dan tahu serta ambil maklum tindakan yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran atau kejadian yang tidak diingini.

.

Sebahagian staf sempat mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman memadamkan api menggunakan Pemadam Api jenis “Powder” dan “Carbon Dioxide”. Staf juga dimaklumkan tentang perbezaan kedua-dua jenis pemadam api serta bagaimana cara penggunaan yang betul lebih-lebih lagi sewaktu keadaan yang tengah panik.

.

Terima kasih juga kepada 1) Wakil Jabatan Pembangunan Prasarana

En. Ahmad Yusof Abdul Wahid; Unit Mekanikal, JPP, 2) Bahagian Keselamatan UKM; En. Mohd Isa Abdullah, Unit Tindakan Khas (UTK) dan 3) Pihak ROSH; Pn. Rahaida Ramli dan Pn. Nur Syahirah Zainuddin.

.

𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,

Facebook https://bit.ly/Hadhari dan

Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari

.

#kursisheikhabdullahfahim #kursiSAF #sheikhabdullahfahimukm #kursiSAFHadhariukm #SDG #SustainableDevelopmentGoals

#forumukm #wacanaukm #programukm #seminar #seminarnasional #seminarukm

#bengkeluniversitikebangsaanmalaysia #bengkelukm #wacanauniversiti #forumuniversiti #ukm #universitikebangsaanmalaysia #institutislamhadhari #iih #postgraduatestudies #postgraduatemalaysia #postgraduate #masterstudy #phd #phdlife #alumniukm #UKMInspire