Alhamdulillah, Majlis Perasmian Syarahan dan Forum Sheikh Abdullah Fahim 2024 dan Pelancaran dua buah buku hasil daripada felo penyelidik Institut Islam Hadhari UKM (Buku Haji, Wanita dan Persekitaran & Buku Elemen Kecerdasan Spiritual Islam Untuk Pemimpin Belia) dan juga pelancaran Video Rakaman Dokumentari Sheikh Abdullah Fahim telah berlangsung dengan jayanya di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak.
.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Manakala ucapan aluan diberikan oleh Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Musa (Pengetua Madrasah Idrisiah) dan Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM).
.
Program ini anjuran Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM dengan Kerjasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar dan Jabatan Mufti Negeri Perak.
.
Program Jejak Warisan Sheikh Abdullah Fahim telah dimulakan pada tahun 2023 yang lepas di Pulau Pinang, program ini berhasrat untuk mengumpulkan balik semua hasil, catatan, idea, cerita dari kerabat, keluarga orang terdekat/pekerja/institusi yang pernah berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Sheikh Abdullah Fahim supaya ia dapat didigitalkan dan dihebahkan balik kepada masyarakat tentang ketokohan dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa.
.
Turut hadir Yang Dihormati Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar Arshad; Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Bahawi, Yang Berhormat Dato Jefridin Hj Atan; Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham; Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Dr. Faizal Mohamed; Pengetua Madrasah Idrisiah, Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Musa; Ketua Penolong Mufti Jabatan Mufti Negeri Perak, Tuan Haji Kamaruddin Adam dan Pengarah Pendakwaan Syariah ,Tuan Mohd Asri Bin Mohamad Ghazali, PMP.,AMP.,
.
𝐅𝐨π₯π₯𝐨𝐰 𝐀𝐚𝐦𝐒 π’π„πŠπ€π‘π€ππ† di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.