Pembangunan Dakwah Mualaf

Pembangunan Dakwah Mualaf. Golongan mualaf atau lebih dikenali dengan gelaran saudara baru atau saudara Muslim dalam konteks Malaysia adalah sekumpulan individu yang telah menganut agama Islam dengan meninggalkan agama asal mereka. Sebagai individu yang baru mengenali Islam, keperluan kepada proses bimbingan untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam amat diperlukan. Sokongan moral dan psikologi dari masyarakat dan pihak yang berhubung terus dengan mualaf seperti pendakwah dan kaunselor Muslim amat diperlukan, agar golongan mualaf mempunyai kekuatan jiwa dalam mengharungi cabaran sebagaiĀ  saudara baru. Berdasarkan keperluan ini, maka buku Pembangunan Dakwah Mualaf dihasilkan.

 

Siti Rugayah Hj. Tibek, Ph.D, Profesor di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga merupakan Felo Utama Bersekutu di Institut Islam Hadhari, UKM.

Fariza Md. Sham, Ph.D, Prof Madya di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Juga merupakan Felo Kanan Bersekutu di Institut Islam Hadhari, UKM.

Muhammad Hilmi Bin Jalil, Ph.D, Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, UKM.

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Institut Islam Hadhari, UKM.

Tahun 2014.