Pendidikan Sains Berteraskan Tauhid
Pendidikan Sains Berteraskan Tauhid Pendidikan adalah asas dalam kehidupan manusia. Ruang lingkup Pendidikan adalah luas, seluas usaha menggilap setiap unsur potensi insan. Sains adalah pengetahuan yang berhubung dengan pemahaman seseorang tentang tabii alam. Salah satu unsur Pendidikan adalah untuk membolehkan manusia memahami tabii alam dan mengambil manfaat daripadanya. Tetapi dalam sains tabii seperti yang dianjurkan oleh sarjana Barat, pengetahuan tentang Tuhan tidak diambil kira, sebab sains dianggap bebas dari sebarang nilai budaya atau agama. Dalam Islam, al-Quran adalah sumber segala ilmu pengetahuan termausk pengetahuan sains dan teknologi. Namun al-Quran bukanlah buku saind yang menerangkan segala fakta saintifiksecara terperinci. Namun prisnipĀ utama dan dasar kepada fenomena alam tabii dinyatakan dengan jelas dan terang, serta dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Yang nyata Pendidikan Sains Tauhidik adalah Pendidikan sains yang tidak mengabaikan tuhan dalam setiap aspek tinjauan saintifiknya, malah atas nama tuhanlah, penerokaan sains dan teknologi dilakukan. Dengan demikian Pendidikan Sains Tauhidik akan menghasilkan insan yang lebih bertanggungjawab dengan tuhannya, malah atas dasar tanggugjawab terhadap tuhannya, sains dan teknologi dibangunkan. Pendekatan ini amat berbeza dengan pendekatan Sains Barat yang mengabaikan tuhan dalam aktiviti saintifik mereka.
Buku ini adalah antar sumbangan Institut Islam Hadhari, UKMuntuk mengetenghakan pembangunan sains yang bersifat tauhidik, dan diharapkan akan mmberi sumbangan kepada pembinaan tamadun yang bersifatkan tuhan.
Khalijah Mohd Salleh (Prof. Dr.) Professor dalm bidang fizik. Merupakan Felo Utama Bersekutu Institut IslamHadhari, UniversitiKEbangsaan Malaysia. Kini BEliau aktif meneraju konsep Pnedidikan Sains Tauhidik.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Tahun 2011
Institut Islam Hadhari, UKM