Sebelum pulang ke tanah air, Delegasi Institut Islam Hadhari (IIH) UKM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM diiringi Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM dan Dr. Norshariani Abd Rahman, Felo Penyelidik Hakiki, Institut Islam Hadhari UKM sempat mengadakan pertemuan ringkas bersama H.E Mr Hendy Assan, Duta Malaysia di Pejabat Kedutaan Malaysia, Tashkent Uzbekistan. Embassy of Malaysia in Tashkent, Uzbekistan
.
Pada pertemuan ini, telah dibincangkan tentang perkembangan hubungan Institut Islam Hadhari UKM dengan Institusi penyelidikan di Uzbekistan serta perancangan seterusnya pada masa akan datang.
.
Semoga program yang dirancang mendapat sokongan penuh semua pihak bahkan daripada Kedutaan Malaysia di Uzbekistan juga.
.
.
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
.