Alhamdulillah, hampir 470 pelajar Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak dikumpulkan dalam satu dewan dalm Program Interaktif bersama APADILANGIT, bersama CEO dan Pengasasnya iaitu Encik Muhammad Hafez Ahmat Murtza. .
.
Turut Hadir YBhg Prof. Dato’ Dr Fariza Md Sham FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM; YB Senator Dato’ Jefridin Bin Hj Atan, Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Musa, Pengetua Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
.
Program bermula selepas solat jumaat dalam pukul 3 petang, walaupun terdapat sedikit masalah teknikal namun para pelajar tetap menunjukkan minat dan rasa ingin tahu lebih lanjut sehingga tamat program tersebut di mana Encik Hafez terpaksa mengehadkan soalan yang ditanya. Semoga dengan pendedahan dan program sebegini ia membuka mata dan peluang kepada pelajar apa yang ada di Malaysia terutamanya peluang bidang yang berkaitan astronomi yang boleh diceburi jika ada yang berminat untuk mendalami lebih lanjut setelah tamat belajar.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.