Program Jejak Warisan Sheikh Abdullah Fahim 2024 diteruskan dengan Syarahan Sheikh Abdullah Fahim bertajuk: “Kelestarian Peradaban: Integrasi Nilai Kemanusiaan dalam Teknologi” yang disampaikan oleh Prof. Dr Zaid Ahmad (Felo Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari, UKM). Dalam Syarahan beliau, beliau terangkan tentang Relevansi Wacana Peradaban, Keperluan Tajdid dan Islah, Kekuatan Maqasid dan Penguasaan Ilmu dan juga tentang Isu Pembangunan dan Kesejahteraan.
.
Kemudian majlis diteruskan dengan Forum Sheikh Abdullah Fahim yang bertajuk: “Warisan Keilmuan Sheikh Abdullah Fahim di Kuala Kangsar, Perak”. Panel bagi forum ini ialah: Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc (Pengarah Institut Islam Hadhari UKM); Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali (Felo Kanan Bersekutu HADHARI, UKM dan penulis buku Sheikh Abdullah Fahim) dan En. Muhammad Hafez Ahmat Murtza (Pengasas dan CEO Apadilangit) manakala Pemudah Cara forum ialah Dr. Mohd Hafiz Safiai (Felo Bersekutu HADHARI, UKM).
.
Sesungguhnya tempoh masa forum ini sangat terhad jadi banyak isi penting tidak dapat dihuraikan lebih jelas namun para panel sempat menekankan isi-isi penting seperti peranan kita dalam mencari ilmu, dan apa yang telah dilakukan oleh tokoh kita Sheikh Abdullah Fahim dan bagaimana beliau menuntut ilmu astronomi pada masa dahulu tatkala zaman jaringan teknologi masih pada tahap awal. Bukan itu sahaja, panel juga turut memberi maklumat tentang peluang kerjaya berkaitan astronomi yang dianggap tiada tapi sebenarnya bidang astronomi itu luas dan pada 2030 nanti dengan kerjasama Apadilangit dan agensi kerajaan, kedua dua pihak ini ingin mencapai sasaran lebih kurang 5000 kekosongan jawatan berkaitan bidang astronomi. Semoga ia menjadi kenyataan InshaAllah.
.
Kami sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut sama-sama mengjayakan program ini iaitu Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM, Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar dan Jabatan Mufti Negeri Perak.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.