Alhamdulillah, pada 30 & 31 Mei yang lalu, PROGRAM PENGATURCARAAN ROBOTIK AL-JAZARI@HADHARI SEMPENA CUTI SEKOLAH telah berjaya diadakan dengan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak terutamanya ibubapa dan pelajar.
Program ini diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan juga Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat di atas sumbangan robot dan alatan untuk program ini. Program bermula dengan modul yang melatih pemikiran komputasional, pengaturcaraan mblok untuk permainan komputer, pengoperasian mikropengawal Arduino dan diteruskan dengan pengaturcaraan Mbot2 dan diakhiri dengan pertandingan pada hari kedua.
.
Modul ini telah dibangunkan sejak 2019 dan program telah dijalankan di Sebuyau Sarawak sebanyak 2 kali. Penambahbaikan juga telah dilaksanakan untuk modul program.
.
Semoga program ini akan terus mendapat sambutan dan berkembang mengikut edaran semasa dan mampu memanfaatkan semua pelajar terutamanya pada waktu cuti sekolah.
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
.