Alhamdulillah, dengan kehadiran lebih kurang 300 peserta dalam PROGRAM PERKASA REMAJA ISLAM DPTWP yang telah berlangsung pada 2 Ogos 2024 (Jumaat), pukul 8 pagi – 1 petang bertempat di Dewan Auditorium UNIPSAS membuktikan yang program ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dan kami berharap program ini dapat memberi impak kepada para peserta dengan pendedahan yang telah diberi.
.
Program dirasmikan oleh wakil Rasmi YB Dato’ Sabariah Binti Saidan, DIMP., SMP.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang dan Pn Mazlina bt Mohamed@Mohamad Lazim Ketua Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang.
.
Program ini dibahagikan kepada 3 slot:
Slot 1 – Aleya Husna bt Othman (Ikon Remaja pelajar cemerlang SPM Maahad Tahfiz Negeri Pahang)
Slot 2 – Cik Normarina Misuari bt Baharodin (Ikon Remaja tokoh Belia Pahang 2021)
Slot 3 – Prof Dato’ Dr Fariza bt Md Sham, FASc (Pengarah Institut Islam hadhari, UKM selaku Ketua Kluster Agama)
.
Manakala Objektif Utama program ini ialah:
1. Memberi kesedaran berkaitan kepentingan ilmu dan Pendidikan dalam
kalangan remaja
2. Menyediakan ikon remaja yang boleh berkongsi berkaitan kisah inspirasi
kejayaan dalam Pendidikan yang kerjaya
3. Melahirkan pelapis kepimpinan remaja yang jitu dalam bidang agama dan
keilmuan untuk menjadi bakal pemimpin negara masa depan
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.