Psikologi Islam:Falsafah, Teori dan Aplikasi
Psikologi Islam:Falsafah, Teori dan Aplikasi Buku ini merupakan himpunan penulisan bab yang membincangkan isu psikologi Islam sebagai aliran alternatif untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia daripada aspek budaya dan agama masyarakat muslim. Pendekatan kefahaman dan aplikasi yang ingin dilontarkan dalam buku ini adalah berbeza daripada kebiasaan sumber pembacaan yang banyak mengutarakan teori sistem psikologi Barat berasakan paradigma epistimologi tokoh falsafah zaman Yunani kuno seperti Socrates, Pluto dan Aristotle. Psikologi Islam sebenarnya telah lama bertampuk dalam bidang keilmuan. Ketika dunia Barat dilanda ‘zaman gelap’, perkembangan bidang ilmu dan falsafah Islam sangat rancak berlaku dan ketika itu dikatakan juga Zaman Keemasan Islam. Perkembangan ilmu daripada ilmuan Islam pada masa itu jauh berbeza dengan apa yang disandarkan oleh ilmuan Yunani dan Kristian pada zaman sebelumnya. Begitu juga dengan pemahaman tentang manusia daripada pemikiran Barat Moden adalah berbeza dari kacamata dan pemikiran Islam.
Khaidzir Ismail, PhD., adalah Profesor dalam bidang Psikologi Perkembangan di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, serta Pengarah Pusat Citra, UKM.
Jawiah Dakir, PhD., adalah Profesor dalam bidang Hadis. Pernah berkhidmat selama lebih 35 tahun di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Sekarang berkhidmat sebagai Felo Utama dan Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.
Fariza Md Sham, PhD., adalah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Bidang pengkhususan beliau ialah Psikologi Islam. Beliau juga adalah Felo Bersekutu dan Ketua Jaminan Kualiti, Institut Islam Hadhari, UKM.
Hanina Halimatusaadiah Hamsan, PhD., adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Bidang pengkhususan beliau ialah psikologi, banyak menulis dan melakukan kajian tentang psikologi belia dan pembangunan komuniti.
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
Tahun 2016
Penerbit UKM
Institut Islam Hadhari, UKM