Alhamdulillah, pada 16 Disember 2023 bersamaan 3 Jamadilakhir 1445 telah berlangsung dengan jayanya Seminar Malaysia Madani: Perspektif Maqasid Syariah dengan Tema:Perpaduan Teras Malaysia Madani bertempat di Dewan Kuliah DK43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.
.
Seminar ini dianjur dan dijayakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Institut Islam Hadhari, UKM, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Akademi Ibnu Abbas, Akademi NUNJI dan Yayasan Canselor, UKM.
.
Majlis dimulakan dengan YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, selaku ucaptama seminar dan beliau juga merupakan Pengerusi Akademi NUNJI. Kemudian diikuti oleh 7 orang para pembentang dari pelbagai bidang dengan huraian yang jelas dan padat berkaitan tema seminar hari tersebut.
.
Majlis Perasmian dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulnizzam Zulkifli, Penolong Pengarah, Yayasan Dakwah lslamiah Malaysia (YADIM)
.
Kemudian diikuti dengan Ucapan aluan 1 oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc, Pengarah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
.
Ucapan aluan 2 oleh YBhg. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
.
dan Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia.
.
Pada sesi petang, berlansungnya pula Forum yang mana ahli panelnya adalah YBhg. Dato’ Ismail Yusop
Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi
Komuniti (J-KOM), YBrs. Ustaz (Dr.) Bashir Mohamed Al-Azhari
Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA), Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc
Pengarah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum ini dikendalikan oleh moderator YBrs. Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh Campus, Johor.
.
Majlis Penutup kemudian dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ismail Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan disudahi dengan Ucapan Penutup oleh YBhg. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
.
Berikut ialah senarai Para Pembentang:
.
(Pembentang 1) YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh
Pengarah, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS), UKM
“Pembangunan Negara Melalui Perdagangan dan Sains dan Teknologi”
.
(Pembentang 2) YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Mohamad Sabri Haron
Dato’ Mufti Negeri Terengganu
“Penghayatan 6 Nilai Teras Madani dalam Konteks Hifzul Mal”
.
(Pembentang 3) YBrs. Ustaz Ali Bin Muda
Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Wilayah Timur
“Model Fiqh AI-Waqie, Maqasid Siasah As-syariah dan Maslahah”
.
(Pembentang 4) YBrs. Dr. Zulqarnain Lukman
Felo Akademi, NUNJI
“Kerangka dan Hala Tuju Perundangan Islam di Malaysia Mengikut Perspektif
Malaysia Madani dan Maqasid Syariah”
.
(Pembentang 5) YBrs. Ustaz Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil
Setiausaha Agung, Akademi Ibnu Abbas, Melaka
“Seni Mengurus Kerencaman Masyarakat: Pelajaran Daripada Sahifah Madinah”
.
(Pembentang 6) YBhg. Prof. Dr. Haslinda Abdullah
Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM
“Memasyarakatkan Daya Cipta dalam Masyarakat Madani”
.
(Pembentang 7) YBrs. Dr. Muhaimin Sulam
Felo Akademi, NUNJI
“Pencerahan ‘Madani’ dan ‘Rahmatan Lil Alamin’ dalam Tekstual Politik
Malaysia: Satu Tinjauan dalam Empat Dekad (1983 Hingga 2023)”.
.
Seminar ini juga tidak dapat dijayakan tanpa kerjasama dari jawatankuasa, urusetia serta hadirin dan hadirat yang turut hadir memeriahkan majlis yang terdiri daripada beberapa NGO, para pelajar daripada IPG, Unisel, UKM dan macam-macam lagi.
.
.
Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.