Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Seminar Serantau Peradaban Islam SSPI 2024 (International Conference Islamic Civilization III 2024) selama tiga hari bermula 5-7 Ogos secara fizikal di Hotel Santika Premiere Bintaro, Banten Indosesia dan juga secara dalam talian Zoom.
.
Seminar ini merupakan anjuran tahunan antara beberapa penganjur iaitu; Faculty Of Arts and Humanities, Syarif Hidayatullah State Islamic University Jakarta; Institut Islam Hadhari, UKM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universitas Islam Negeri Kiai Haji Achmad Siddiq Jember dan Universitas Al-Amien Prenduan.
.
Seminar dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Dr. Ade Abdul Hak, M.Hum (Dekan, FAH UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia) dan Prof. Dr. Jajat Burhanudin, M.A (Pengerusi INSAN). Manakala Ucapan Perasmian disampaikan oleh Prof. Asep Saepudin Jahar, Ph.D., (Rektor, UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia). Kemudian diikuti oleh 7 Penceramah Ucaptama; Prof. Dato’ Fariza Md Sham, FASc (Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM); Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin (UNISSA, Brunei Darussalam); Prof. Dr. Sudarnoto A. Hakim (FAH UIN Jakarta, Indonesia); Prof. Dr. Zaid Ahmad (Felo Utama Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM); Prof. Dr. H. Hepni, CPEM.(Rektor, UIN Jember, Indonesia); Prof. Amelia Fauzia, Ph.D. (FAH UIN Jakarta, Indonesia) dan Dr. KH. Muhtadi A. Mun’im (Rektor, Al-Amien Prenduan University, Indonesia).
.
Secara rumusan lebih kurang 86 pembentang turut serta seminar ini samada secara fizikal mahupun secara dalam talian, di mana beberapa sesi bersidang secara serentak pada satu masa. Semoga kertas kerja atau hasil dari pembentangan ini dapat memberi hasil yang baik dan berguna kepada penganjur serta pembentang samada dari segi penerbitan atau sebagainya.
.
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan seminar ini dan InshaAllah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.