Alhamdulillah pada 20 Ogos 2023 bertempat di Bertam Resort Penang telah berlangsungnya acara kemuncak Program Jejak Warisan Sheikh Abdullah Fahim di Pulau Pinang iaitu Syarahan Sheikh Abdullah Fahim dan Pelancaran dua buah buku yakni Sheikh Abdullah Fahim, Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik dan Qawam Al-Din. Program ini hasil cetusan idea Institut Islam Hadhari, UKM dan Kursi Sheikh Abdullah Fahim (Hadhari UKM) berserta Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI).
.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak merasmikan majlis ini diriingi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid; Pengerusi LEGASI, Senator Dato’ Dr. Jefridin Hj Atan; dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim.
.
Majlis ini merupakan anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Masjid Abdullah Fahim Bertam bersempena Bulan Kebangsaan.
.
Syarahan telah disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman yang merupakan Profesor Emeritus Institut Islam Hadhari UKM dan beliau juga merupakan anak jati Kepala Batas. Majlis dimeriahkan oleh kehadiran Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham FASc, Pengarah Yayasan Canselor UKM, Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed, ahli waris Sheikh Abdullah Fahim, Dato’ Seri Ibrahim Haji Ahmad dan Dato’ Tahir Haji Ahmad.
.
Turut berlangsung Forum Sheikh Abdullah Fahim: Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Abdullah Fahim dalam Peradaban Islam
Panel :
1. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozzali
Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM
2. Dr. Khairil Husaini Bin Jamil
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
3. Dr. Hisham Bin Sabri
Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, USIM.
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.