PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Cirit Birit

Cirit-birit

  • Sup, minuman bertenaga, pisang dan buah di dalam tin boleh membantu untuk menambahkan cecair elektrolit (air yang mempunyai mineral) di dalam badan.
  • Cirit birit mungkin menjadi semakin teruk apabila memakan makanan berminyak, makanan terlalu panas atau sejuk atau minuman berkafein.

Saranan lain adalah seperti berikut:

  • Banyakkan minum air suam sepanjang hari.
  • Hadkan meminum 2 cawan susu sehari atau elakkan susu dan produk susu seperti yogurt sehingga punca masalah telah dikenalpasti.
  • Hadkan makanan berangin dan minuman seperti soda, sayur cruciferous, kekacang dan kacang merah dan gula-gula getah.
  • Hadkan penggunaan gula-gula yang bebas-gula atau gula-gula getah yang diperbuat daripada sorbitol.
  • Minum sekurang-kurangnya 1 cawan air sejurus selepas membuang air besar
Translate »