PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Tips Diet

Tips Diet Bagi Individu Menjalani Rawatan Kanser

    • Semua pemandiri kanser kepala dan leher dan keluarga disarankan untuk mendapat nasihat pemakanan daripada dietitian. Maklumat di bawah hanyalah panduan umum. Walaubagaimanapun, maklumat terperinci boleh diperoleh.
    • Individu yang menerima rawatan oral, kepala dan leher memerlukan banyak protein untuk
      memenuhi keperluan pemakanan mereka.
    • Sediakan shake atau smoothie daripada serbuk protein, susu rendah lemak, susu soya, atau susu beras dan tambahkan buah berperisa dalam smoothie atau shake. Tambahkan serbuk whey protein yang boleh didapati di farmasi.

td1

    • Selain itu, susu soya mempunyai kandungan protein yang tinggi.

td2

    • Pastikan diet untuk kanser kepala dan leher mempunyai fitokimia yang tinggi. Fitokimia ialah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan yang terbukti membina sistem imunisasi tubuh dan membantu melawan jangkitan
    • Contoh makanan yang tinggi fitokimia adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Beri merah dan teh hijau, kedua-duanya sangat penting dalam diet untuk melawan kanser.

td3

    • Disarankan untuk mengambil minyak ikan. Asid lemak yang terkandung dalam minyak ikan adalah sebahagian penting dalam diet untuk kanser kepala dan leher.
    • Minyak ikan terdapat dalam bentuk cecair atau kapsul dan mengandungi ciri-ciri anti-keradangan (anti-inflammatory) semulajadi.
    • Asid lemak telah terbukti dapat menggalakkan penyembuhan kanser dan mengekalkan berat badan dan otot.

td4        td5

  • Tanya doktor tentang makanan tambahan. Suplemen vitamin, khususnya vitamin D dan vitamin B, adalah penting.
  • Zink boleh merangsang deria rasa, di mana ia sangat penting dalam diet untuk kanser kepala dan leher.
Translate »