
Peraturan
PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR
Kejayaan Pelajar
Pewaris Watan





















Bantuan Kebajikan Bagi Tahun 2024
Jumlah Bantuan
Jumlah Pelajar
STKP
STEBP
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, telah mengadakan sesi Townhall HEPA bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Panggung Seni, semalam.

Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberi peluang kepada Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) menyuarakan aspirasi, pandangan, cadangan, dan harapan mereka secara langsung kepada TNC HEPA serta pengurusan HEPA.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Saidi Ismail; Timbalan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham; Pengarah-pengarah PTj HEPA, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman UKM, serta pegawai-pegawai kanan universiti.


Sesi Townhall ini merupakan inisiatif oleh pengurusan HEPA untuk memberi penjelasan mengenai perancangan pusat tanggungjawab (PTj) di bawah pengurusan HEPA, selain menyampaikan maklumat terkini serta hala tuju HEPA bagi tahun 2025.

Kepimpinan pelajar, kelab, dan kesatuan pelajar dijemput untuk mengemukakan soalan dan bertukar pandangan dengan pihak pengurusan.

Tahniah diucapkan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) atas kejayaan menganjurkan program ini yang menyediakan peluang untuk interaksi ilmiah yang teratur dan berilmu.
Hari ini, perjalanan anda bermula di sini. Bersiap sedialah untuk menempuhi pengalaman luar biasa buat anak watan...
Hari Pertama Selamat Datang