FUNancial Day with Maybank
Selari dengan Pelan Strategik HEPA 2023-2026 dibawah Strategi Pertama HEP-UKM (Perkhidmatan Inklusif - sub inisiatif Rejuvenasi Pusanika) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Maybank@Campus dan Kafe He & She yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman bersempena Hari FUNancial Maybank bertempat di Bangunan Pusanika UKM pada 9 hingga 10 Jun.
Program ini dimeriahkan dengan persembahan oleh Aisha Retno dan kumpulan muzik pelajar serta pelbagai aktiviti antaranya cabutan bertuah, “treasure hunt”, perkongsian pengurusan kewangan, “photobooth 360 spin camera” dan gerai jualan.
Selain itu, Kafe He & She yang berkonsepkan gaya hidup moden ini sudah pasti akan menarik minat para pelajar UKM untuk bersantai dan berehat serta memeriahkan kembali bangunan keramat Pusanika UKM. Kafe ini beroperasi di Aras 6, Bangunan Pusanika.
Turut hadir iaitu Ketua Perbankan Massa Maybank, Puan Mazlina Muhammad; Pengasas dan Ketua Pengarah Urusan Kafe He & She, Encik Zulkiflee Yusof; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla; Pro Naib Canselor Penjanaan Dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Pengarah HEP-UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.