jamuan raya
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
Jamuan Raya
Pada 19 Mei, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah menganjurkan Jamuan Hari Raya HEP-UKM yang diadakan di Aras 7, Bangunan Pusanika bagi meraikan semua rakan strategik antaranya warga Bangunan Pusanika dan pelajar.
Sambutan yang diadakan buat julung kalinya ini telah merapatkan silaturahim sesama warga UKM serta meraikan pelajar yang berada di kampus. Sambutan ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Lasykar Khaleefa UKM dan Buskers Padli & Friends.
Hadir sama di majlis ini adalah Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.