PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

HEP-UKM

Kebajikan & Penajaan

Penyampaian Bantuan dari Luar

Ziarah Kasih Pelajar UKM

Misi Bantuan Banjir Gelang Patah

Infografik Bantuan Q2

Penyampaian Bantuan dari Luar

SDEP

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pelajaran Mara Tajaan Ekuiti Nasional Berhad kepada Pelajar UKM

6 April yang lalu, Yayasan Pelajaran Mara telah membantu para pelajar UKM B40 melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bagi meringankan beban mereka dengan memberi sumbangan kepada 10 orang pelajar yang terpilih berjumlah RM25,000.00.

0 B

Golongan Penerima

0 orang

Jumlah Penerima

0 K

Jumlah Bantuan (RM)

Projek Bantuan Cahaya Aidilfitri

Pada 14 April, Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Aman Palestin telah menganjurkan Majlis Bantuan Cahaya Aidilfitri sempena menyambut Syawal. Program ini telah diadakan di Auditorium, Bangunan Pusanika UKM dan turut dihadiri oleh Prof Ts. Dr Norinsan Kamil Othman, untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Sejumlah RM10,000 sumbangan wang tunai telah diagihkan kepada 100 orang pelajar.

Bantuan Komputer Riba

bagi pelajar Siswa Sulung

Bantuan diberikan kepada pelajar yang menerima bantuan program Siswa Sulung anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada 14 April yang lalu bagi meringankan beban dan memudahkan urusan pembelajaran mereka.

Sumbangan Lotte Scholarship Foundation

Seramai empat orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Biasiswa Lotte 2023 dari LOTTE Scholarship Foundation pada 11 Mei yang lalu. Penerima biasiswa yang terpilih adalah pelajar cemerlang tahun pertama yang berasal dari keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM3000. 

Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman hadir bagi memeriahkan penyerahan biasiswa ini. 

Selain itu, sembilan orang pelajar Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) dan sembilan orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) turut menerima biasiswa tersebut. 

Hadir sama, presiden dan ketua pegawai eksekutif LOTTE Chemical Titan, Encik Park Hyun Chul dan pengurus besar LOTTE Scholarship Foundation, Encik Kim Yongbum.

Ziarah Kasih

Rumah Terbakar

Ziarah Kasih Pelajar UKM

HEP-UKM bersama Pusat Zakat UKM telah menyantuni keluarga Saudara Musa Abdul Gafar dari Fakulti Pendidikan dimana kediamannya yang terletak di Kampung Jaya Baru Kunak, Sabah telah musnah dijilat api pada awal bulan Jun baru-baru ini.

Sebanyak RM10,000 telah disalurkan kepada keluarga mangsa. Sumbangan daripada HEP-UKM dan Pusat Zakat UKM telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Pengarah HEP-UKM dan Dr. Wan Haslan bin Khairuddin; Pengarah Pusat Islam UKM.

HEP-UKM berharap agar sumbangan ini mampu meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh keluarga Saudara Musa.

 

Bantuan Banjir

Gelang Patah, Johor

Pasukan Sukarelawan Banjir (Briged Sukarelawan) dan kakitangan UKM telah menjalankan misi Bantuan Banjir di Gelang Patah, Johor berikutan daripada banjir kilat yang berlaku pada 12 Jun lepas.

Misi ini telah digerakkan oleh pelajar UKM dan turut serta juga pelajar antarabangsa daripada China yang menjalankan aktiviti pembersihan kawasan terjejas, manakala pasukan perubatan daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Pusat Kesihatan Universiti akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir yang terlibat.


Infografik Bantuan Q2