Pusat Jaringan Industri & Komuniti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang I-KOM UKM

Pusat Jaringan Industri & Komuniti [I-Kom] ditubuhkan pada 10 Ogos 2022, hasil penggabungan perkhidmatan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Pejabat Hubungan Industri (PHI).

Pada 10 Ogos 2022, Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju meluluskan penggabungan perkhidmatan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Pejabat Hubungan Industri (PHI) ini yang menjenamakan semula sebagai Pusat Jaringan Industri & Komuniti [I-Kom]. I-Kom bernaung dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal jaringan kerjasama antara industri dan masyarakat luar dengan warga UKM.

Visi

I-Kom bertekad untuk memperkasakan kelestarian jaringan strategik pentahelix antara universiti-industri – agensi kerajaan-media-komuniti.

Misi

I-Kom beritizam menjadi pusat jaringan kerjasama strategik dan berimpak melalui padanan pengetahuan rentas kepakaran, bidang serta disiplin ilmu dalam menyokong fungsi teras universiti iaitu Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan.

Objektif

Menyedari akan keperluan dan kehendak pihak berkepentingan, I-Kom menetaplan objektif berikut:

• Menjadi pusat rujukan sehenti dan pemangkin bagi keterlibatan universiti-industri–komuniti.
• Melestarikan ekosistem jaringan strategik dengan memanfaatkan kepakaran di universiti sejajar dengan keperluan industri, komuniti dan negara.
• Memperkasakan dana melalui aktiviti jaringan industri dan komuniti yang berimpak secara berterusan.
• Menelusuri ¬program bersama industri untuk aktiviti teras universiti merangkumi aktiviti 3P iaitu Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan.