Geran Translasi UKM (TR-UKM)

Geran Translasi UKM (TR-UKM)

Pengenalan

  • Geran Penyelidikan Translasi Universiti Kebangsaan Malaysia (TR-UKM) telah diperkenalkan pada tahun 2021.
  • Matlamat utama Geran Penyelidikan TR-UKM ini adalah untuk memperkasakan projek penyelidikan berimpak yang bersifat translasi dan multidisiplin bagi manfaat pihak berkepentingan, sekaligus dapat menyokong kelestarian ekosistem penyelidikan UKM.
Setiap permohonan hendaklah berdasarkan salah satu Kluster Penyelidikan seperti berikut:
  • Transformasi Sosial dan Ekonomi
  • Warisan dan Masyarakat Madani
  • Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar
  • Teknologi Digital dan Terkehadapan
  • Kesihatan dan Perubatan Termaju

Objektif Geran Translasi UKM

Hasil Penyelidikan

  • Harta Intelek/Kertas Polisi/Garis Panduan/Standard
  • Penerbitan (artikel jurnal, buku, bab dalam buku)
  • Impak Dalam Konteks Penyelidikan Translasi dan Multidisiplin (manfaat kepada pihak berkepentingan)
  • Video Pendek Impak Penyelidikan (visibiliti penyelidik dan penyelidikan)
  • Jangkauan Penyelidikan (sesi bersama pihak berkepentingan)
  • Perjanjian Kerjasama (MoU dan MoA)