Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani hadir merasmikan Bicara IDEA Siri 2 bertajuk 60 Tahun Penubuhan Malaysia: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa, di Persada Canselori, hari ini.

Tiga orang ahli panel iaitu Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA-UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin; Felo Akademi Sains Malaysia, Dato’ Dr. Madeline Berma dan Felo Penyelidik Utama KITA-UKM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong dijemput bagi membincangkan tajuk ini.

Forum yang dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar ini merupakan satu platform kepada warga UKM menimba ilmu dan pengetahuan daripada isu-isu yang dibincangkan dan dikongsikan oleh tokoh-tokoh ilmuwan dan pakar bidang. Secara tidak langsung, forum ini dapat meneroka ruang-ruang penyelidikan yang memberi impak kepada komuniti dan negara.

Membina sebuah negara bangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dihadapi untuk membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan stabil dari segi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Begitu juga dengan pembinaan negara bangsa tercinta, Malaysia. Pelbagai cabaran yang dihadapi dan perlu ditangani bagi membina sebuah negara bangsa yang sistematik, negara yang membangun dan harmoni seperti sekarang.

Hadir sama mendengar forum ini adalah Pengarah Pusat IDEA, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal dan Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*