UKM mengambil cakna insiden-insiden bencana alam dan industri yang berlaku dalam negara kita sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, Pusat IDEA menerusi Kluster Penyelidikan Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar (SLASKP) UKM telah mengambil inisiatif membuka ruang bicara bagi membincangkan secara ilmiah di bawah tajuk ‘Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana: Membina Keupayaan Menjamin Kelestarian’ bertempat di Auditorium Siswa, Aras 2, Bangunan Pusanika UKM pada 10 Oktober 2024.

Pandangan yang bernas berdasarkan pengalaman untuk difikir bersama dikupas dalam Bicara IDEA Siri 6 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM), Dr. Nurfashareena binti Muhamad dengan tiga ahli panel iaitu Perunding Pengurangan Risiko Bencana UNICEF, En. Ahmad Sufyan bin Mohamed Aslam, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi, Bahagian Perancangan dan Persediaan (Dasar), Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), Pn. Siti Mariam binti Abu dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Kebajikan dan Kesihatan Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), En. Mohd Fakarudin bin Hussain.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat IDEA UKM, Prof. Madya Dr. Wan Zawiah binti Wan Zin @ Wan Ibrahim. Hadir sama dalam sesi bicara ini Peneraju Kluster Penyelidikan Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar (SLASKP) UKM, Prof. Dr. Muhamad Rizal bin Razman, Peneraju Kluster Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Termaju (KPT) UKM, Prof. Dr. Poh Bee Koon serta pengawai kanan UKM yang lain. Bicara IDEA Siri 6 kali ini telah berjaya menarik minat kehadiran pegawai agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Jabatan Meteorologi Malaysia, penyelidik berkaitan bidang, pelajar UKM, pelajar sekolah berdekatan seperti SMK Jalan Reko dan SMAP Kajang.

Tahniah kepada Pusat IDEA UKM kerana telah merealisasikan hasrat universiti watan dengan menganjurkan Bicara Idea ini sebagai ruang bertukar pandangan dan pendapat.

#UniversitiWatanKita

#IlmuMutuBudi

#UKM

#UKMSharing

#IDEAUKM

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*