Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera & Salam Keluarga Malaysia

YBhg. Prof/Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

BICARA PENYELIDIKAN: BAGAIMANA MENGURUS PROJEK PENYELIDIKAN SECARA TERANCANG?

Pusat IDEA UKM menerusi Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) buat julung kalinya akan menganjurkan satu sesi bicara penyelidikan yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tajuk: Bagaimana Mengurus Projek Penyelidikan Secara Terancang?

🗓️ 23 Ogos 2022 (Selasa)
🕰️ 9:00 hingga 11:00 pagi
👨🏻‍🏫 Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan (IMEN)
🖥️ ZOOM Meeting (Pautan menerusi pendaftaran)
📱 www.facebook.com/UKMFrontiers

Di antara topik menarik yang akan dikupas menerusi sesi bicara penyelidikan ini termasuklah:

1) Pengurusan Projek
2) Perancangan dan Penjadualan Projek
3) Pengurusan Skop dan Jadual Projek
4) Alat Penjadualan Projek (ProjectLibre)

Warga UKM boleh membuat pendaftaran menerusi pautan berikut:
https://forms.gle/ozqsdXVJHJo8SvTq7

Seluruh warga UKM terutamanya yang menjalankan dan menguruskan projek penyelidikan amat digalakkan untuk menyertai sesi perkongsian ini. Penyertaan akan direkodkan ke dalam Sistem Urus Bakat UKM.

Sekian, harap maklum.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*