Objektif Geran Translasi UKM (TR-UKM) adalah untuk:
- Menghasilkan penyelesaian yang komprehensif terhadap isu-isu semasa negara
- Output projek menyumbang kepada KPI universiti penyelidikan dan pihak-pihak berkepentingan.
- Menghasilkan produk/outcome yang boleh diterjemahkan dan dikomersialkan
Hasil Penyelidikan yang diharapkan daripada geran ini adalah Harta Intelek, IP, pengkomersialan, kertas polisi, Penerbitan (artikel jurnal, buku, bab dalam buku), Impak (manfaat kepada pihak berkepentingan), Video (visibiliti penyelidik dan penyelidikan), Jangkauan Penyelidikan (sesi bersama industri) dan Perjanjian Kerjasama (MoU dan MoA).