Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PUSAT IDEA UKM
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM (IDEA-UKM) menjemput YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengisi dan melengkapkan Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan dan Maklum Balas Pelanggan Pusat IDEA seperti yang dinyatakan di atas.
- Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak IDEA-UKM kepada seluruh pelanggan kami. Diharapkan maklum balas positif dan membina yang diberikan dapat dijadikan input penambahbaikan kualiti perkhidmatan di IDEA-UKM dan seterusnya akan membantu pihak kami dalam meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan yang diperlukan. Berikut adalah pautan bagi capaian borang soal selidik: https://forms.gle/HCpvVECnkTETduay5
- Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam melengkapkan borang soal selidik ini dan memanjangkan perkara ini kepada warga UKM di PTj masing-masing amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam hormat.
PUSAT IDEA
Universiti Kebangsaan Malaysia