Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan, 

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN TRANSLASI UKM (TR-UKM) TAHUN 2024

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM (IDEA-UKM) akan membuka permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) bagi Tahun 2024 mulai  19 Ogos 2024 sehingga 09 September 2024. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/.

3.       Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i)               Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan Geran Translasi UKM (TR-UKM). Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web Pusat IDEA (https://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun/). Garis Panduan juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

(ii)                  Kertas cadangan projek penyelidikan perlu merangkumi salah satu daripada Skop Penyelidikan berikut:

              a)  Cabaran Perdana Malaysia dalam Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE) 

              b)  Melestarikan penyelidikan Bahasa Melayu sebagai asas identiti kebangsaan (sub tema: aspek bahasa/kebudayaan/kesusasteraan/Diaspora Melayu)

              c)  Memperkasakan Penyelidikan Pendidikan STEAM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik)

              d)  Isu Perpaduan

              e)  Penyelesaian masalah komuniti melalui Penyelidikan SULAM ( Service-Learning Malaysia University for Society)

(iii)                 Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan (RM100,000).

(iv)               Kakitangan akademik yang sedang mengetuai Geran Translasi UKM (TR-UKM) yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu jika tahap kewangan projek adalah pada kadar 75% dan ke atas.

(v)           Pemohon (Ketua Projek) perlu memastikan semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU dan laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.

(vi)                Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada Borang Penilaian Geran Translasi UKM (TR-UKM) (Tarikh kuatkuasa  15 Ogos 2024). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

(vii)               Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi tempoh pembukaan ini.

(viii)             Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.

(ix)  Pemohon perlu mengenal pasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

Sehubungan ini, kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan dana, poster taklimat permohonan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2024 (Isnin), garis panduan geran, jadual kerja permohonan dan borang-borang yang berkaitan untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab, Cik Nurul Nadziffah Kamaruzaman melalui emel nadziffah@ukm.edu.myatau di talian 03-89118266.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian & salam hormat.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*