Pembukaan Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Fasa 2 Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2022
Pusat IDEA UKM (IDEA) akan membuka permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Fasa 2 mulai 22 September 2022 sehingga 24 Oktober 2022 yang akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) melalui pautan https://appsmu.ukm.my/smpu.
Setiap permohonan perlu mematuhi garis panduan, kriteria permohonan, skop penyelidikan di samping penyelidikan bersifat translasi yang berkualiti. Garis Panduan yang terkini boleh dimuat turun melalui laman web IDEA http://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun atau di SMPU. Skop penyelidikan adalah seperti berikut:
a. Melestarikan penyelidikan Bahasa Melayu sebagai asas identiti kebangsaan (sub tema: aspek bahasa/ kebudayaan/ kesusasteraan Melayu)
b. Memperkasakan Penyelidikan Pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Sastera dan Matematik)
Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat UKM.
Pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut:
Tarikh: 20 September 2022 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Platform: Aplikasi Zoom Meeting
https://shorturl.at/DEMTZ
Meeting ID: 946 7972 8701
Passcode: 468648
Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai IDEA, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118265 atau Puan Nor Eloni di talian 03-89118263.
Salam hormat dan terima kasih