Pusat IDEA UKM (IDEA-UKM) akan membuka permohonan Geran Translasional UKM (TR-UKM) bagi Tahun 2021 mulai 2 Julai 2021 (Jumaat) sehingga 16 Ogos 2021 (Isnin).
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan Geran Translasional UKM (TR-UKM).
(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan.
(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi tempoh pembukaan ini.
(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.
(v) Pemohon perlu mengenal pasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/peluang/ ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.
(vi) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).
(vii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat.

Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan Borang Penilaian Permohonan Geran Translasional UKM (TR-UKM)
Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai IDEA, Puan Nor Eloni Nor Azmi melalui emel eloni@ukm.edu.my atau Cik Wan Nor Zuriatina Wan Ismail melalui emel zurie@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-
Jadual Kerja Permohonan, Pautan Taklimat & Borang-Borang Berkaitan:
http://bitly.ws/f4Bf
Edaran terhad buat warga UKM sahaja

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*