Gegar Gamat Pemacu Perubahan UKM
Tujuan:
Pengiktirafan projek penyelidikan berstatus Gegar Gamat Pemacu Perubahan merupakan satu inisiatif yang memfokuskan kepada penyelidikan yang telah memperoleh hasil berimpak untuk manfaat pihak berkepentingan di peringkat negara, serantau dan global. Melalui inisiatif ini, hasil penyelidikan berimpak tinggi oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berpotensi menjadi pemacu perubahan kepada pembangunan sosioekonomi, sains dan teknologi serta Kesihatan dapat diserlahkan.
Definisi:
Penyelidikan berimpak tinggi dengan hasil yang telah diterjemahkan untuk manfaat pihak berkepentingan dan mempunyai impak yang boleh diukur.
Pengiktirafan
Permohonan Pengiktirafan Projek Penyelidikan GGPP UKM 2023
Pusat IDEA membuka permohonan pengiktirafan sepanjang tahun dan penilaian dilaksanakan sebanyak ak empat (4) kali setahun. Untuk tahun 2023, pengenalan untuk GGPP UKM dilaksanakan pada Mac 2023 dan sesi penilaian permohonan pengiktirafan dilakukan sebanyak tiga(3) kali seperti dalam jadual berikut: