YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN PENYELIDIK UNTUK MENGHADIRI – SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN DANA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 1 (TeD 1) SIRI 2/2022 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM dan Kluster Penyelidikan UKM akan mengadakan program seperti ketetapan yang berikut:        

             Tarikh             : 5 Ogos 2022 (Jumaat)

             Masa               : 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

             Platform         : Aplikasi Zoom (Pautan akan diberi kemudian)

          Pendaftaran   : https://shorturl.at/aMPZ2

3.       Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan program ini kepada penyelidik-penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida geran ini.

4.     Justeru itu, Penyelidik yang telah dikenalpasti perlulah mengemukakan Borang Permohonan TeD 1 untuk dimantapkan semasa sesi bengkel. Borang Permohonan TeD 1 boleh dihantar ke alamat emel: mshafiq11@ukm.edu.my sebelum atau pada 01 Ogos 2022 (sebelum jam 4.00 petang)

5.     Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*