Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera & Salam Keluarga Malaysia
YBhg. Prof/Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG) MCMC KITARAN 2/2022
Merujuk perkara di atas, Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) menerusi Pusat IDEA UKM akan menganjurkan sesi bimbingan dan pemantapan kertas cadangan penyelidikan sebagai persiapan dan saringan di peringkat universiti dalam menghantar permohonan yang benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pemberi geran. Sesi ini akan menampilkan beberapa panel pembimbing profesional yang berpengalaman luas dalam memohon geran industri dan antarabangsa.
Sesi bimbingan ini akan diadakan seperti butiran berikut:
🗓️ 5 September 2022 (Isnin)
🕰️ 10:00 pagi hingga 1:00 petang
🖥️ Aplikasi ZOOM
Pautan Info Geran DSRG MCMC Kitar 2/2022:
https://www.mcmc.gov.my/en/grants/2022-dsrg-cycle-2
Kitaran kedua untuk tahun 2022 ini memfokuskan ke arah 2 topik seperti berikut:
- Digital Citizenship and Cyberwellness; dan
- Digital Inclusion
Diharapkan inisiatif ini dapat membantu para penyelidik UKM dalam usaha memperolehi geran-geran luar kebangsaan dan antarabangsa dan seterusnya membantu mempertingkatkan prestasi penyelidikan UKM dan mengorak langkah ke arah universiti Top 100 di dunia. YBhg. Prof/Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dijemput membuat pendaftaran penyertaan menerusi pautan di bawah:
https://forms.gle/BkMmRZmGgdN4jBR26
Seluruh warga Penyelidik UKM yang berminat dijemput untuk menyertai sesi bimbingan ini. Ia adalah PERCUMA!
Sekian, harap maklum.