Pusat IDEA telah mengadakan Sesi Pemantauan Penilaian Prestasi Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bertempat Pusat Permata@Pintar Negara,UKM Bangi pada hari ini, 11 Mac 2025 (Selasa).
Penilaian ini bertujuan untuk menilai pencapaian serta keberkesanan setiap KPU dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi selaras dengan visi dan misi universiti.
Selain itu, sesi pemantauan ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh para penyelidik serta merangka penyelesaian yang lebih efektif demi memperkukuhkan ekosistem penyelidikan di universiti.
Sebanyak 95 KPU Fasa 1&2 telah dinilai dalam sesi ini yg turut melibatkan 27 orang panel penilai yang diketuai oleh Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi.
#UniversitiWatanKita#UKMSharing#IDEAUKM






