Siri 1 – Konflik Undang-Undang Syariah Dan Sivil: Tergugatkah Perundangan Kanun Jenayah Syariah Di Malaysia?

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani hadir ke Bicara Idea Siri 1 bertempat di Persada Canselori, hari ini.

Bicara yang bertajuk “Konflik Undang-Undang Syariah Dan Sivil: Tergugatkah Perundangan Kanun Jenayah Syariah Di Malaysia?” ini menampilkan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Dato’ Abas Nordin dan Presiden Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang sebagai panel.

Bicara IDEA Siri 1 yang diadakan pagi ini merupakan satu platform kepada warga UKM menimba ilmu dan pengetahuan daripada isu-isu yang dibincangkan dan dikongsikan oleh tokoh ilmuwan dan pakar bidang jemputan kita pada hari ini.

Semoga program ini dapat menjadi medan perbincangan untuk bertukar-tukar pandangan dalam mengupas isu-isu semasa yang menggabungkan kepakaran dalam bidang perundangan.

#UKM

#UKMSharing

#UniversitiWatanKita

See Translation