Skim Geran Penyelidikan Strategik – “Translational Research @ MoHE” (TR@M) merupakan skim geran yang memfokuskan kepada penyelidikan yang dapat menghasilkan output dan “outcome” berimpak kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia. Melalui skim geran penyelidikan ini juga, ia mampu untuk mengetengahkan dan menghebahkan kepentingan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang banyak memberikan impak besar kepada pihak-pihak berkepentingan dalam konteks “quadruple helix”.

Kementerian juga akan memberikan tumpuan pada beberapa bidang keutamaan untuk difokuskan selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Setiap permohonan projek mestilah memenuhi salah satu bidang yang
telah ditetapkan berdasarkan Sektor Keutamaan Negara, Kluster
Penyelidikan dan Domain Penyelidikan seperti berikut:

(a) Sektor Keutamaan Negara (National Priority Area – NPA)
– Jaminan Makanan (Food Security);
– Jaminan Tenaga (Energy Security);
– Tanaman Perladangan (Plantation Crops);
– Keselamatan Siber* (Cyber Security);
– Jaminan Air (Water Security);
– Kepelbagaian Bio (Biodiversity);
– Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine);
– Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change); atau
– Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility).
* Nota: Bidang Keutamaan merangkumi Industrial Revolution (IR)
4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk
kepada “National Policy on Industry 4.0”.

(b) Kluster Penyelidikan
– Jaminan dan Keselamatan Makanan (Food Safety & Security);
– Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure);
– Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change & Environment);
– Kesihatan (Health);
– Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society);
– Keselamatan Negara (National Security);
– Kesejahteraan Sosial & Ekonomi (Social & Economic Wellbeing); atau
– Teknologi Terkehadapan & Pembuatan Termaju (Frontier Technologies & Advanced Manufacturing)

SKOP PENYELIDIKAN
Kertas cadangan penyelidikan (proposal) mestilah memenuhi skop penyelidikan seperti berikut:
(a) Penyelidikan yang mempunyai serahan hasil penyelidikan “research deliverables” (dari penyelidikan FRGS, TRGS, LRGS dll. yang berkaitan) yang berpotensi dan sedia untuk diterjemahkan dalam tempoh masa yang singkat untuk manfaat pihak berkepentingan dalam konteks “quadruple helix”;
(b) Penyelidikan yang merangkumi sekurang-kurangnya 70% elemen penyelidikan gunaan (applied) dan 30% elemen penyelidikan
fundamental;
(c) Penyelidikan berasaskan “demand driven”, “purpose driven” ataupun
“value driven”; dan
(d) Pendekatan pelaksanaan secara holistik yang memenuhi proses
dalam rantaian nilai (value chain).

TEMPOH PENYELIDIKAN
Tempoh penyelidikan adalah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tidak melebihi dua (2) tahun.

SILING PERUNTUKAN
Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang
ditetapkan berjumlah RM2 juta (berpadanan dengan skop penyelidikan yang
akan dilaksanakan). Penetapan siling peruntukan ini mestilah dipatuhi melainkan
terdapat apa-apa pengecualian atau arahan daripada JPT.

Sila Ke link pautan dibawah untuk memuaturun garis panduan Geran TR@M:

GARIS PANDUAN TR@M (TAHUN 2020)

(Pindaan 2020) Borang Permohonan Penyelidikan Strategik (Translational Research)

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*